Tahukah anda bahawa ada waktu yang paling sesuai untuk bersenam bagi wanita? Eh... bersenam pun ada feng shuinya? Ada. Walaupun tidak secara keseluruhannya tetapi kajian menunjukkan waktu bersenam juga memainkan peranan dalam proses penurunan berat badan.
Minggu kedua selepas kitaran haid berakhir adalah minggu terbaik untuk pulun bersenam. Ini kerana lebih banyak lemak dapat dibakar tanpa rasa letih yang keterlaluan. Kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan wanita di Australia mendapati bahawa dari hari pertama proses ovulasi sehingga haid yang seterusnya, penghasilan hormon estrogen dan progesteron adalah sangat tinggi. Biasanya tubuh akan membakar karbohidrat untuk dijana sebagai tenaga.
Rahsianya, pada minggu kedua kitaran haid ini, hormon estrogen akan membenarkan lebih banyak lemak dibakar sebagai tenaga ketika kita bersenam. Pembakaran lemak akan mengurangkan penghasilan asid laktik seterusnya menghindar tubuh dari keletihan dan mengurangkan tekanan pada otot.
Untungnya kita wanita! Kita dapat bersenam dengan smart. Work smart girls! Lepas ni, jangan lupa kitaran haid masing-masing. Ingat, minggu kedua!