Thursday 10 March 2011

Kekal Langsing Dengan ...

Aku share beberapa fakta menarik...

Wanita yang makan makanan berbijirin seperti oat adalah 49% kurang risiko mendapat masalah pertambahan berat badan sehingga 12 tahun lamanya. Wow! Nampaknya, aku kena berkawan baik dengan oat selepas ini! Fakta ini dirujuk daripada American Journal Of Clinical Nutrition.

Mengunyah badam mampu membantu mengurangkan berat badan berlebihan. Kajian yang dilaporkan di dalam International Journal Of Obesity mendapati orang yang makan setengah cawan badam setiap hari sebahagi sebahagian diet rendah kalori akan mengalami kebaikan pengurangan berat badan sehingga 62%. Para penyelidik berpendapat struktur kekacang ini mampu menghalang tubuh dari menyerap lebih banyak lemak. Memang makanan yang sesuai untuk aku :)


2 comments:

storyfromme said...

wow, banyaknye petua. bersungguh-sungguh nak kurus nampaknye.

Journal Diet said...

storyfromme : blom start engine lg dear. x tahan tgk makanan. ini tgh ngadap McD. pg td exercise sket b4 g kerja. Exercise sikit, makan lebih...

perlukan sokongan kawan2.... disiplin kurang