Saturday 19 March 2011

Semakin Gemuk

Inilah jadinya. Exercise x seberapa, makannya lebih. Berat aku naik lagi. Sekarang ni 60 kg. Nampaknya, aku kena kuat berusaha menahan nafsu makan. Susah juga rupanya. Huuuuu


Monday 14 March 2011

Pengganti Kolagen Semulajadi

Umurku dah meningkat naik. Dah 30 tahun. Dalam umur macam ni, bukan badan je kena restructure, muka juga perlukan perhatian. Al-maklumlah, pelbagai gangguan semulajadi di dalam tubuh akan muncul apabila umur menginjak ke 30 an. Contohnya kolagen, bahan yang selama ini menyokong kulit agar sentiasa muda dan licin. Sejajar dengan usia aku yang meningkat ni, kolagen dalam badan mula menyusut dan menghilang. Inilah punca kulit kurang anjal, berkedut dan sebagainya....

Aku bukannya menolak penuaan. Cuma ianya boleh diperlahankan. Biarlah badan dimamah usia, namun dengan penjagaan yang sepatutnya. Biarlah semuanya secara semulajadi, bukan kerana aku tak pandai menjaga badan :D

Aku memang teringin nak makan supplemen untuk kolagen. Masih tercari-cari produk untuk dicuba. Namun, ini ialah list makanan semulajadi yang boleh kita amalkan bersama :

Tomato : Likopen pada tomato mampu menghalang proses kerosakan kolagen. Oleh itu, mari makan tomato!

Oren dan Lemon : Buahan citrus yang kaya Vitamin C ini membantu tubuh menghasilkan kolagen!

Soya, Tofu : Semua makanan berasaskan soya mampu menghalang kerosakan kolagen. Macam tomato :D

Ikan : Asid Omega pada ikan penting untuk mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit.

Bawang putih : Agak berbau jika dimakan, namun kaya dengan sulfur yang membantu penghasilan kolagen.

Bayam : Juga kaya Vitamin C yang membantu penghasilan kolagen. Vitamin dan mineral lain dalam bayam berkesan melambatkan kesan penuaan.

Kalau nak mengamalkan makanan di atas ni, memang boleh! Asal makan. Kalau "Jangan makan, sila diet", susahlah sikit. Hehehe.... Biar usia meningkat, tapi, kulit cantik!

Thursday 10 March 2011

Kekal Langsing Dengan ...

Aku share beberapa fakta menarik...

Wanita yang makan makanan berbijirin seperti oat adalah 49% kurang risiko mendapat masalah pertambahan berat badan sehingga 12 tahun lamanya. Wow! Nampaknya, aku kena berkawan baik dengan oat selepas ini! Fakta ini dirujuk daripada American Journal Of Clinical Nutrition.

Mengunyah badam mampu membantu mengurangkan berat badan berlebihan. Kajian yang dilaporkan di dalam International Journal Of Obesity mendapati orang yang makan setengah cawan badam setiap hari sebahagi sebahagian diet rendah kalori akan mengalami kebaikan pengurangan berat badan sehingga 62%. Para penyelidik berpendapat struktur kekacang ini mampu menghalang tubuh dari menyerap lebih banyak lemak. Memang makanan yang sesuai untuk aku :)


Cuka Epal Boleh Membantu Untuk Penurunan Berat Badan?

Aku memang tidak percaya kepada pil-pil diet. Namun, jika supplement yang agak kelihatan semulajadi, teringin juga untuk dicuba. Bukanlah bergantung kepada supplement semata-mata, namun sebagai support kepada senaman yang ku lakukan dengan tidak seberapa ini.

Apple cider vinegar dipercayai dapat emmbantu dalam penurunan berat badan dengan cara membantu pembakaran lemak tubuh dan meningkatkan rasa kekenyangan. Ia juga dikatakan dapat membantu merawat sakit sendi, kanser, darah tinggi dan kencing manis. Tiada bukti saintifik yang menyokong pernyataan ini. Jadi bagaimana? Boleh dicuba dalam pemakanan seharian, namun jangan diambil terus. Sebaiknya, campurkan di dalam makanan untuk mengelakkan reaksi negatif dalam badan.

Hm.... mungkin sesuai untuk dipraktikkan di dalam masakan.

Wednesday 9 March 2011

Journal Dua Tiga Hari Ini

Inilah masalahnya! Aku telah membedal makanan-makanan tinggi kalori dengan sangat banyak! Hancur! Semangat tidak kuat untuk menahan nafsu makan. Aku bukan lapar. Cuma makanan sudah terhidang di depan mata, aku makan la....

Kadang-kadang, makanan itu terasa memanggil-manggil untuk dibeli. Ya Allah, kuatkan semangat hambamu yang lemah ini.
Rasanya aku consume lebih 2700 kalori hari ini. Entah la..... aku pun tak pasti. Cuma yang pasti, hari ini aku makan sehingga sukar untuk berjalan. Senak perut dek kepenuhan yang melampau. Malu pun ada. Kerana aku telah war-warkan kepada rakan-rakan opis bahawa aku ingin mengecilkan peha dan punggung.

Minuman Ketika Diet

Ketika diet, apa minuman yang sesuai ek? Ahahha! Diet bukan bererti tidak makan atau minum, tetapi makan dan minum secara sihat. Ingat! Heheh.... Ada alasan untuk makan banyak nih.... Makan dan minum secara sihat bermaksud jumlah kalori yang diambil perlu dihalusi.

Teh herba
Teh herba yang diambil diwaktu petang mampu meredakan ketegangan dan tekanan yang dihadapi sepanjang hari. Ia juga akan menyekat kita dari makan terlalu banyak akibat stress!

Jus Halia
Mampu membuang angin badan dan juga membantu penghadaman.

Jus Oren
Sumber vitamin C terbaik.

Coklat panas
Sesuai ketika sarapan pagi. Ia memberikan rasa puas dan kenyang. Sebaik-baiknya, pilih yang rendah lemak ya ;p

Waktu Terbaik Untuk Bersenam

Tahukah anda bahawa ada waktu yang paling sesuai untuk bersenam bagi wanita? Eh... bersenam pun ada feng shuinya? Ada. Walaupun tidak secara keseluruhannya tetapi kajian menunjukkan waktu bersenam juga memainkan peranan dalam proses penurunan berat badan.

Minggu kedua selepas kitaran haid berakhir adalah minggu terbaik untuk pulun bersenam. Ini kerana lebih banyak lemak dapat dibakar tanpa rasa letih yang keterlaluan. Kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan wanita di Australia mendapati bahawa dari hari pertama proses ovulasi sehingga haid yang seterusnya, penghasilan hormon estrogen dan progesteron adalah sangat tinggi. Biasanya tubuh akan membakar karbohidrat untuk dijana sebagai tenaga. 
Rahsianya, pada minggu kedua kitaran haid ini, hormon estrogen akan membenarkan lebih banyak lemak dibakar sebagai tenaga ketika kita bersenam. Pembakaran lemak akan mengurangkan penghasilan asid laktik seterusnya menghindar tubuh dari keletihan dan mengurangkan tekanan pada otot.

Untungnya kita wanita! Kita dapat bersenam dengan smart. Work smart girls! Lepas ni, jangan lupa kitaran haid masing-masing. Ingat, minggu kedua!

Checklist Sebelum Register Diri Di Gim

Senaman, workout, senaman, workout! So, kalau malas bersenam sorang-sorang, daftar la di gim. Hehehe. Ini ialah 6 soalan penting sebelum mendaftar di gim :

  1. Pastikan instructor di gim tu berkemahiran dan berpengetahuan dalam mengendalikan peralatan di gim. Sekurang-kurangnya, diploma atau ijazah dalam sains sukan.
  2. Periksa peralatan di gim. Adakah bersih dan selamat digunakan?
  3. Pastikan suhu di gim sesuai. Tidak panas atau terlalu sejuk. Suhu yang terlalu sejuk boleh mengejutkan otot.
  4. Pastikan rekod perkembangan kecergasan direkodkan.
  5. Pastikan instructor gim tahu membuat CPR dan mempunyai kotak kecemasan.
  6. Pastikan udara di gim segar - mempunyai sistem pengudaraan yang baik.


Tuesday 8 March 2011

Cara Terbaik Membakar Lemak Badan

Cara terbaik membakar lemak badan adalah dengan bersenam. Ya, semua orang tahu. Senaman adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan bentuk badan yang menarik. Tapi berapa ramaikah yang rajin bersenam? Huuu... aku juga malas. Namun sedang berusaha untuk merajinkan diri. Wajib. Demi sepasang sexy legs :D

Ramai orang berkata, " Saya bersenam tetapi masih gagal menurunkan berat badan! ". Kenapa? Ini berbalik kepada pola pemakanan. Jika kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan oleh badan, makan kalori yang lebih itu akan ditukarkan kepada lemak badan! Itu yang terjadi kepada aku. Dan lagi.... jika kita bersenam, maka senaman itu akan membakar kalori yang lebih itu, bukannya membakar lemak sedia ada di badan. Sebab itulah tiada penurunan berat badan berlaku.

Monday 7 March 2011

Makanan Untuk Mengurangkan Berat Badan

Ini ialah senarai makanan yang seharusnya menjadi kawan baikku ketika ini.

  • Sayuran mengelak sembelit dan menyokong sistem pencernaan.

  • Roti gandum penuh 2 keping sehari.

  • Oatmeal semangkuk sehari.

  • Lean daging daging perlu dimakan secukupnya kerana protein penting untuk pembentukan otot. Yang ingin dibuang adalah lemak, bukan otot. Daging panggang, rebus, sup atau stim. Elakkan daging goreng.

  • Ikan kaya protein dan Omega 3 untuk mengelakkan sakit jantung.

  • Kacang kacang mentah mengandungi lemak yang baik untuk tubuh.

  • Yogurt yogurt biasa, bukan yogurt biasa.

Senaman Pembakar Lemak

Aku bukanlah orang yang arif dalam bab-bab senaman ni. Dan, disebabkan aku sudah terlalu lama tidak bersenam, maka untuk melakukan 5 minit steps pun terasa mengah.

Walaupun sekejap, 5 minit steps memang cukup untuk membuatkan denyut jantungku berdegup pantas. Nampak sangat lembiknya :(

Target untuk minggu ni, steps ni akan ditambah sehingga 30 minit. (Very) slow and steady. So far, aku berpuas hati dah berjaya buat 5 minutes steps utk 2 hari :D

Saturday 5 March 2011

Azam Untuk Cantik

Aku kurang percaya kalau nak beli pil-pil diet ni. Aku percaya pada senaman. Cuma, aku malas nak bersenam. So, target utama sekarang ialah bersenam, bersenam, bersenam dan terus bersenam.
Macam  mana ya? Hmmm.... sebenarnya dulu aku pernah alami masalah kegemukan bahagian bawah ni. Dengan semangat yang jitu, masalah itu berjaya ku atasi. Namun, disebabkan kekurangan disiplin, maka setelah bertahun-tahun bebas dari masalah itu, ia kembali menghantui diri.

Aku malu. Terasa betapa hodohnya badan aku dikala ini. Disebabkan ini, keyakinanku dalam berpakaian mula tergugat. Rendah diri. Suamiku juga sudah mula menegur. Oleh itu, aku kena kuatkan semangat. Gambatte!!

Aku akan update segala yang ku lakukan untuk mendapatkan badan idaman. Semoga semangatku bukan hanya hangat-hangat tahi ayam. Huuuu

Terkejut

Aku category pompuan yang kurus. Boleh pakai kebaya pendek ke office. Cuma sekarang aku alami masalah peha dan punggung yang semakin membesar. Sangat besar pada pandangan mata aku. Bila pakai jeans memang tak cantik.

Secara rasminya pada 4 Mac 2011 aku berketinggian 158 cm, dengan berat 58 kg. Dan yang lebih malang, berat itu tidak teragih secara rata. Hanya punggung dan peha yang besar. Percaya atau tidak, pinggang ku 28 inch, sementara punggung ku 40 inch! Sangat tidak balance. Owh.... bmi ku secara rasminya 23.1 dengan body fat 32.4% dengan muscle 24.7%. Lebih lemak dari muscle. Macam x percaya! Hehehe. Kawan2 semua x percaya, tapi aku akui kebenaran itu. Lemak2 itu, selama ini berjaya aku sembunyikan dengan baik di sebalik pakaianku. Sekarang, rahsia hampir terbongkar. Aku perlu buat sesuatu.

Sasaran : untuk dapatkan kaki dan punggung yang cantik dan seksi.